Kebebasan Bersuara, Bukan Kebebasan Berbohong

18 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

MCMC sedang giat menjalankan kempen 'Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong'. Akhir-akhir ini terdapat segelintir pengguna menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan masyarakat keliru sehingga terpengaruh dengan mesej yang disampaikan. Objektif kempen adalah untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat.

Bagi menjaga keharmonian negara, gunakan hak kebebasan bersuara anda dengan lebih bertangungjawab.

5 Garis Panduan Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Bersuara:

1. BERINGAT BILA BERCAKAP - Berwaspada dalam pertuturan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
2. BERCAKAP BENAR - Anda bebas meluahkan pandangan asalkan ia tidak berdasarkan fitnah atau maklumat yang tidak benar.
3. BIJAK MENILAI - Fikir dahulu sebelum berkata-kata agar tiada penyesalan di kemudian hari.
4. LUAHKAN PENDAPAT BERDASARKAN FAKTA - Sahkan fakta sebelum berkongsi, bagi mengelakkan penyebaran sesuatu yang tidak benar.
5. BERI PANDANGAN TANPA MENYEBARKAN KEBENCIAN - Elakkan pertuturan kebencian dalam apa jua keadaan walaupun tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali